Showing posts with label pregnancy journey. Show all posts
Showing posts with label pregnancy journey. Show all posts

12 November 2018

Perangai Maryam masa Baby

Hi, Assalamualaikum!

Catalina Maryam, 101 days

Maryam is still three months old now, this post is intended to be read yeaaaaaaaaaaaaars later when i want to compare her with another baby, (kalau ada rezeki) because i cannot recall how was Althaf during his earlier months. Ya Allah pelupa betul betul betul. Lepas tu sedih sebab tak ingat perangai Althaf masa baby cemana......

My Husband : " maryam senang je letak stroller diam je, kalau althaf dulu tak boleh duduk stroller, time tidur je stroller ni berguna haha"

Me : "eh yekeeee. tak ingatlaaa, kenapa tak ingat ni huaaaa"

Tapi takdela tak ingat langsung.. ada sikit sikit yang memorable tu kita ingat.

Haha

Maryam during her 20 days earlier when she was born, okayla dia tidur je and bangun untuk susu. Lepas tu mencabar sangat sebab dia bangun malam, sometimes diiringi dengan tangisan. Err.. banyak kali jugak. It was so so so tough for me, kadang kadang menangis sekali dengan dia sebab kita needs sleep, kita adalah hamba yang lemah bukan, haha. My husband helps me a lot during the tough days.

Pantang maryam dengan althaf sangat berbeza. Bila dengan Althaf i got my rest enough, sebab fokus kat dia je and the rest, rehat je. Time Maryam i have to juggle with two kids, memang kita tak dukung althaf or mandikan dia ke apa, tapi i still have to entertain him, sebab dia still perlukan mak dia and mana lah kita sampai hati biar je dia, nanti dia jealous dengan adik dia semua tu. So, pantang walaupun alhamdulillah keluarga banyak sangat tolong, it was still tiring and tougher.

Masuk bulan kedua, okayla kot sebab Maryam dah boleh tidur malam. dah tahu adjust masa tidur dia, tapi dia tidur lewat jugak. Dalam 12 ke pukul 1 macam tu. Lately ni je dia tidur awal sikit dalam pukul 10, tapi kadang kadang midnight pun baru tidur dan dia bangun dalam early 8-9am.\

Ceritanya, if maryam bangun, althaf bangun, haha jadi situasinya memang ya Allah ... gimana sih lagi aku bikin. Sekarang ni selalu sakit hati sebab bila maryam dah tidur, abang dia selalu datang nangis, main kuat kuat ke sampai adik dia terjaga. Hehehe. Takpelah, mana penat pun, huhuhuhuhuhuu. Ni semua kenangan.. nanti dah besar mesti rindu, dan mengajar mak ayah dia erti kesabaran sebenar jugak.

The only thing i remember masa Althaf dulu, dia kalau nangis, sua je susu mesti dia terus senyap dan diam. Unless masa tu dia tak sihat. 

Maryam pulak, kalau lambat bagi susu ke, lambat entertain dia ke, mesti dia nangis yang kena pujuk dulu tu, Susu pun tak jalan. Dia akan nangisssssssss beri riaaa dulu. Sedih mak dia dengar. Hahaha, tapi other than that dia sangat good girl, dah cukup tidur kita boleh letak je dia dan dia main dengan khayalan nya sendiri.

Lepas tu Althaf dia dulu wajib tidur meniarap sampai lah setahun lebih, tak tiarap dia akan bangun. Lain pulak dengan Maryam, dia kena bedung baru boleh tidur lena, kalau tiarap kan dia, dia tak suka, nanti sekejap je dia dah bangun, tapi dia boleh tidur terlentang without bedung bila dah deep sleep. 

Tak tahu la mana senang mana susah. Tidur tanpa bergantung bedung atau tidur tiarap tak bergantung pada bedung. Hehehe, tapi satu bedung tu je la favorite dia. Bedung yang ada hand strap tu. Memang dari dia sebulan lebih pakaikan dia, banyak sangat membantu kalau nak tenangkan dia, atau nak tidurkan dia. Cuma taknalah bergantung pada bedung sampai besar kan. 

Emmm ada lagi ke tak eh. Rasanya tu je kot. Bukanlah nak compare jaga siapa lagi senang, cuma nak compare cara tidur, cara itu ini je.

1tahun 10bulan lebih, dan 3 bulan

See you again in a next post, sis sedih tahun ni tak dapat buat entry banyak banyak. Assalamualaikum!


12 August 2018

Pengalaman bersalin anak Kedua di Hospital Serdang




My everything in one picture. 

Alhamdulillah sangat sangat dah selamat bersalinkan anak no. dua, terima kasih sangat ya Allah kurniakan kekuatan dan kudrat melahirkan Catalina Maryam. Sakit sangat sangat sangat sangaaaat sangat sangat ya Allah tak tahu macam mana nak describe. Sakit yang sampai tak boleh jalan and gerak. Tapi semua tu dah lepas dah. Haha meh nak cerita kisah di sebaliknya.

Bismillah hirahmaaa nirrahim..

30july 2018
-keluar spotting darah and lendir coklat. Tapi sekali tu je la. Takda tanda contractions keras sakit sakit tu. Braxton hicks ada. Tapi normal lah kan akhir2 trimester. 

2nd August 2018
37 weeks 6days
( gap 3 hari dari tarikh spotting darah) 

Terasa nak selfie berdua hari tu. Rupa rupanya gambarterakhir before bersalin. I love you sayang walaupun you kerut dalam senyum 

- 8pm Masa tu tengah ada trip Ikea dan Kaison. Kita saja saja lah nak ikut walaupun barang orang order tak banyak kali ni. Lagipun kena pergi Kaison, jadi taknak susahkan suami gigih jugak nak ikut. Lagipun orang kata banyakkan berjalan supaya senang beranak. In fact, pregnancy kali ni dari start mengandung memang kuat berjalan pun sebab aktif ikea trip tu kan. Cuma rehat masa dah 7-8 bulan sebab tak larat nak bawak althaf. Kadang kadang tinggal dia plus bila rasa dah tak larat memang tak pergi pun. 

Masa tu nak solat maghrib dulu before ke Kaison. Barang ikea dah setel dulu masuk kereta apa semua. Then datang mengeras yang memang kerasss dan tak boleh jalan tu.

11pm - masa ni dah kat rumah. Tengah borak borak dengan fia, datang lagi contraction keras keras tu. This time contraction yang mengeras plus sakit sekali. Tengah borak borak sempat cakap lagi "kau sabaaaajap aku tengah sakit ni" sambil gelak gelak. Sebab memang tak sangka akan beranak esok pagi nya. Dahla esok nya birthday fia!! Hahaha. Punyala cakap dengan dia nauuzubillah min zalik anak aku nak lahir sama tarikh dengan kau. Hahaha sekali sama daaaa 😂😂

Ingat kan contractions tu datang kejap kejap je la kan. Sekali dari malam tu sampai pagiiiii. 8pagi memang dah start sakit sangat sangat nak gerak pun susah.

Kerap dalam 10mins. Lepas tu ada yang tak record sebab sakit sangat 😅


The worst thing adalah lapar tapi tak selera makan. Makan dah la last pukul 4petang tu. Lepas tu makan fries mcd , lepas tu makanan yang lain masuk semuaaaa muntah. Shake muntah, nasi muntah. Bila contractions tu dah kerap datang taknak hilang gigigla nak makan kan sebab taknak masuk labor room dengan perut kosong. Tapi perut kosong jugak ku bawak masuk labor room. Huhuhu.

Mama cekkan ve dua kali masa tu. Dia tak bagitau pun dah berapa cm. Cuma mama kata kepala baby masih terapung lagi dan tak masuk habis. Rupanya rupanya dia tau dah 5cm bukak masa tu. Haha time contractions kerap pagi tu dia cepat cepat ajak pergi hospital. 


3rd August 2018
Officially 38weeks
(8pm lebih to 10pm lebih)
- Sampai hospital, tengah nak daftar ni nurse tu tengok macam tak boleh tahan sakit, dia suruh masuk dulu. Masuk masuk kena interview dulu tanya itu ini oleh nurse and doctor. Ambil ujian air kencing, tukar baju dan kena pasang untuk cek ctg baby tu. Doktor cek ve dah 5cm bukak. Lepas one hour contraction makin kuat dan cakap tak tahan sangat ni , nak push cakap kat nurse situ sebab sebelum tu depa kata labor room penuh kena tunggu. Doktor cek lagi ve, masih 5cm, pecahkan air ketuban dan disorong masuk ke labor room


Cucuk jarum ni pun aduh lahai sakitttt. Masa ni kat ruangan PAC tak silap. Tempat cek contractions dan ctg dah berapa. Kali kedua di sini. 

10.40 a.m

Masuk masuk labor room, dia suruh pindah katil tapi sangatlah tak boleh, nak gerak seinci pun tak boleh punyalah lain macam sakit dia ni!!!!!! Arghhhh. Last last akibat desakan dari pihak nurses boleh jugak mengengsot pindah katil lalu doktor datang dan cek bukaan dah 8cm. SEEEEE SAKIT SANGAT SAMPAI BEBERAPA MINIT JE DAH BUKAAN BANYAK.

Doktor tu suruh try push masa tu lepas tu dia marah sebab "awak ni reti push ke takkkk, push macam nak berak bukan push macam tu" apa ntah lagi dia cakap. Haha dah sakit kan mana reti lah nak ingat cara push apa semua.

Bila tak reti nak push tu dia kata "kalau macam ni in one hour lagi lah kita datang tengok boleh push ke tak" kita masa tu dah "HAHHH ONE HOUR SAKIT SANGAT SANGAT NI MANA SANGGUP NAK TUNGGU LAGI ONE HOUR" tapi cakap dalam hati je. Huhu.

Contractions memang kerap sangat time last few minutes before beranak tu. Nurses cakap kalau ada rasa nak push cakap, setiap kali contraction datang memang nak push sampai satu tahap ni memang dah tak tahan sangat. Rasa nak push. Jerit kat hubby "hubby nak pushh ni ya Allah sakitnyaaa arghhhhh cepat lah panggil nurseeeee!!!" Kali ni pegang pegang tangan dia sampai nak gigit tapi dia sempat tarik. Hahahaha lawakkk je bila ingat balik. Sampai nak gigit orang dia punya sakit. 

Doktor dan nurse pun datang siap siap apa semua, bila cek ve kata dah full ni boleh dah push. Kali ni doktor pelatih dan nurse je datang. Beberapa kali push dengan jeritan "ARGHHHHH!!!!!!!!!" banyak kali sampai kena marah jangan jerit nanti takda tenaga nak push. Tapi sakitt :((( 

Time nak final push tu sambil sambil jerit, sambil ingat Allah balik, jerit jugak "ya Allah ya rahman, ya Allah yang maha pengasih bantulah ya Allah kasihanilah ya Allah" sakit sangattt sangatttt walaupun tak kena induce. Huhu. Contraction datang sebab sakit sangat terpaksa lah push jugak sehabis daya. Walaupun dok fikir boleh ke ni aku buat..


Memang kali ni tak taula asyik nangis je, rasa tak boleh buat, rasa tak bersedia. Nangissss je sepanjang malam tu dengan husband dengan mama cakap "i dont think i can do itt". Memang lemah semangat tak tau kenapa. 

Zikir dah, istighfar banyak banyak apa semua. Minta maaf dengan mama dan suami, tapi tetap rasa down. Sampai terfikir nak czer je. Huhu. Alhamdulillah Allah perkuatkan diri ini. 

11.05 am 

Alhamdulillah setelah 20mins plus dalam labor room, lahir lah seorang bayi perempuan. Lahir lahir terus doktor letak dekat dada sambil depa jahit jahit kat bawah tu.

Time dah selamat melahirkan tu sumpah rasa tak percaya sebab rasa tak boleh buat lagi. Tapi dah selamat melahirkan. Rasa bersyukur sangat sangat lepas tu nangis lagi kat husband. Menangisss je lah kita huhuhu. 

Terima kasih encik rabani tolong tenangkan, ajar teknik pernafasan, ingatkan diri ini pada Allah, walaupun sebenarnya tak ku endah sebab tak tertanggung sakitnya. Haha. Thank you ucapkan kata kata semangat, Thank you teman walaupun kali ni tak lama mana dalam labor room. 

"Good job sayang, u re a fighter" eicehh meh sini nak lawan cam ultraman. Haha. 

Encik rabani tengah azan dan iqamatkan baby. Masa ni dah habis jahit. Walaupun tenaga dah takda. INI SEMUA KENANGAN. GIGIH AMBIK GAMBAR JUGAK TAU TAKK!!! 



Tapi azab dia bukan sampai situ je.. azab nak dijahitkan tu pulak ya Allah. Mula mula nurse tu kata sikit je. 

"Nasib baik awak tak angkat punggung sangat"

Tapi sebenarnya...lamaa gilaaa dia jahit dan sakit sangat sangat. Setiap tusukan jarum yang macam bulan sabit tu terasaaa. Setiap kali benang tu berlari di atas kulit nya ya Allah rasa nak meraung. Dengan kena seluk seluk lagi nak keluarkam darah beku apa semua. Lama sangat diorang jahit rasanya banyak je kena jahit tak sikit pun. Huhuhu

Time althaf koyak lagi besar tapi tak rasa sangat bila dijahit tu. Rasa peritt sangat kali ni tak taula bius tu tak berfungsi ke apa. Sampai kena pegang tiang katil, nangis nangis jugak. 

Sebenarnya doa dari entry lepas banyak jugak makbul. Dapat lahir baby awal ontime at 38 weeks, tak perlu di induce. Cuma kena jahit je. Terima kasih banyak ya Allah. Tanpa Mu memang tak berdaya diri ini. Huhu bersyukur sangat sangat sangat. 

Terima kasih atas doa doa suami dan mama dan keluarga. Atas doa doa tu lah, Allah perkenankan sebenarnya, Allah permudahkan. Nak tengok diri ini yang banyak dosa pun huhu..

Kali ni sama je bersalin di Hospital Serdang. Dapat nurses and doctors pun semua perempuan. Walaupun sebenarnya banyak je doktor lelaki kat luar labor room tu.

Semua baik baik alhamdulillah. Kali ni husband pilih wad kelas pertama, four bedded. Jadi dari lahirkan althaf rm26 wad kelas ketiga (masa tu katil tak cukup, ramai sangat orang bersalin) lahirkan adik ni rm700+ hokay. Bila tau husband bayar deposit rm800 tu rasa macam nak marah pun ada. Haha kenapa membazirrr ambik je la wad kelas ketiga tu. 

Tapi okaylah, sekali sekala beranak. Waris perempuan dapat teman bila bermalam, tandas takyah kongsi reramai and tandas bersih dan besar. Makanan sedap lagi (kot? 😅) tak payah beratur nak cek luka, doktor sendiri datang kat kita apa semua, boleh panggil nurses dengan buttons je. Emm oh ye dan beraircond. Katil power sikit guna button je nak adjust. Haha. Lepas tu nurse mandikan baby betul betul. Yang ini semua masa kelas ketiga tak dapat rasa. Itu je la kot perbezaan dengan kelas ketiga. Plus sunyiii sangat sangat. 

Kalau nak wad kelas pertama single bedded rm1200 kot deposit. Tapi yang itu suami boleh teman bermalam. 😊 

Malam lepas bersalin tu mama temankan tidor situ, memang membantu la sebab Maryam bangun setiap kali berak etc. Haha. Kita dah la tak larat sangat lepas bersalin..bila ada keluarga tolong tu rasa Alhamdulillah ringan sikit beban. 

I love you so much dear mama. 😭😭😭

Emm lagi apa ye? Oh dan Alhamdulillah semalaman je di sana. Hari ni bersalin. Esok tengahari tu nurse kata dah boleh discharge. Alhamdulillah.

Nak bersalin lagi tak? Nak. But nope in 2 3 years. Biarlah anak anak besar. Yang ni pun dah kalot dengan Althaf tengah nak menyesuaikan diri. Jealous nak susu tiap kali adik dia menyusu. Padahal dia pun menyusu je lagi. Lebih kuah dari sudu. Haha

Alhamdulillah sebenarnya althaf nak menyusu lagi, sebab kurang sikit lah bengkak susu dan bocor bocor. Plus masa tengah contraction malam tu pun i dok menyusukan jugak dia. Nama pun mak. Sakit sakit pun tak sanggup tengok anak meronta nak susu.

----

Alhamdulillah hari ni dah hari ke 10 berpantang. Beria la nak kumpul duit untuk ambil confinement lady hikhik tapi tak jadi sebab bila fikir balik sebab ada pembantu rumah mama boleh tolong, dan ada suami sekali nak urus baby dan buat air mandi apa semua just ambik tukang urut, untuk urut, mandi bayi dan tungku untuk tiga hari. Lepas tu yang lain Alhamdulillah mama, encik rabani dan kak ros ada tolong. Thankyouu sangat sangat mama tolong tengokkan althaf, masak hari hari, bawak adik pergi cek kuning, mandikan baby dan semua semuanyalah!! Thankyou encik rabani sediakan ait mandi pagi petang, mandikan dua anak pagi petang, belikan dan sediakan itu ini huaaaa semua semualah.Terima kasih banyak banyakkk 😭😭😭

Pregnancy kali ni naik 10kg, dan pantang hari ke 9 dah rid off semua 10kg tu. Tak diet pun. Makan macam biasa, shake jugak, kudap kudap jugak. Tapi mungkin sebab menyusu dua orang jadi it helps kot.

Plus kali ni suka bertungku hari hari sebab bila tungku badan rasa segar dan tak sakit sakit. Huhu.








Sekian sahaja coretan untuk kali ini, Alhamdulillah ya Allah untuk segalanya. Sungguh, nikmat mu tidak Terhitung. Alhamdulillah.


Assalamualaikum! 




26 June 2018

Our Second Baby is a baby.......



Hai Assalamualaikum semua!



Rasa dah tahu kot... 😄 based on previous entry, alhamdulillah our second precious baby is a Girl. Alhamdulillah Alhamdulillah.

Four doctors. All said "ni perempuan ni". Tak tau macam mana nak kasi yakin dan hilangkan ketidak percayaan ini. Alhamdulillah Allah beri kami amanah ini lagi. Semoga kami dapat menjadi ayah dan mak yang baik buat anak anak kami. Dapat menjadi mak ayah yang dapat menjadi contoh dan dapat mendidik amanah amanah Allah bagi dengan jayanya. AMIN YA RABBAL ALAMIN. 

The first scan masa nak tau jantina baby tu rasanya masa 22 weeks. Nervous sangat sangat. Scan di Klinik Dr Maria, Putrajaya sebab dekat KK biasa doktor "malas" nak cari jantina dengan alasan baby kecik lagi. Heee takpelah. Sedih dengan pengalaman 2nd baby ni sebab dapat doktor yang macam nak taknak je dekat KK tu. Tapi kalau pergi swasta pun ada jeee ramai doktor yang treat patient nak taknak walaupun kita bayar servis mereka. Apapun, redha je lah. Hehe ( redha ke?? Wahaha, meroyan jugak la kat twitter kenkadang)

Okay sambung. Masa first scan tu bila doktor scan scan memang baby tengah terkangkang. Nampak lah di celah kelangkang dia tu terang terang kan. Encik Rabani mula mula ingat boy. I lagi lah tak tau boy ke girl blurrr okay scan scan ni. Pastu doktor terangkan yang baby ni perempuan sebab ada bentuk burger dan takda bebird (boleh refer video dekat instagram, kita ada upload 😄) Masa tu macam "ye ke ni doktor, girl kee" terkedu dan speechless sangat sangat. Tak percaya. Huhu

:)

Keluar keluar bilik doktor, i pandang hubby, hubby pandang i "hubby.. is a girl" #berairsikitmata lepas tu we hugged each other briefly keterharuan sangat punya pasal. Haha. 

Anddddd! That explains why my 2nd pregnancy ni macam lain macam sangat peel dia. Naik jerawat bagai. Pelik pelik ngidam (taklah pelik sangat) hehe.

So far dah masuk 8bulan ni baru 7/8kgs naik. Time Althaf dulu 40w 18kgs tau. Jadi kali ni macam tak kena suruh minum air gula pun. YAYY. omgee tetiba next appointment kena pulak habislah haha. 

Peel mak dia pulak, nak beli barang semuaaaa pink. Nak beli almari pink la, accecories pink la apa la tapi duit nanhadoo. Jadi berangan je lah dulu. Nanti kita usaha kumpul duit dan cari duit ye. Papa dia suruh pakai baju althaf je :(( katanya baby bukan tahu pun dia pakai baju apa. Omgee tak tahu macam mana nak bagi encik Rabani faham!!???? EXCITED TAUU!!!! 

HAHAHA. Sekarang dah masuk 31weeks.
Baru jugak buat detail 4d Scan dekat Klinik Dr Maria Putrajaya tu jugak. Sonographer dia best la lembut dan terang satu satu. Harga scan dan details sahaja rm200. Dapat cd dan gambar serta kertas terperinci hasil details tu. Kalau nak pergi kena call buat appointment dulu, sebab ada hari Ahad sahaja. Mahal memang mahal tapi redha je lah. 


Dating kejap pergi berdua je. Althaf tak ikut sebab memang tak boleh duk diam tiap kali scan mesti nak naik katil sekali haha


Harapan mengandung kali ni biarlah dapat bersalin di 38 weeks dan dapat bersalin normal dan tiada jahitan dan tidak di INDUCED. Besar sangat harapan ku ituhhh. Hahaha semoga Allah perkenankan. Amin ya rabbal alamin.

Yang penting baby keluar dengan selamat, mak nya pun melahirkan dengan selamat. Sebab every birthing is a battle. Jihad seorang mak nak melahirkan zuriatnya. It is seriously not easy and anything could happen. Jadi memang kena sentiasa ingatkan diri supaya bertenang, doa banyak, zikir banyak banyak minta pertolongan dari Allah. Huhu

Emm itu je kot nak kongsi. 

Jumpaa lagi next entry, adiosss Assalamualaikum!! 

13 May 2018

Review : Beli Baju Baby directly dari NextDirect.Com

Hai assalamualaikum semua!


Belah kiri from Next , belah kanan beli di BabyRedhut

Since, dah tahu jantina, rasa excited gila nak beli baju baby. Macam dah takda hari esok. Duit dalam bank tu hajat nak simpan tapi memanggil manggil untuk digunakan. Rasa macam kalau tak guna untuk beli baju baby, rasa berdosa!!!!!!!!!!! hahaha. OVER.

Ini pun beli senyap senyap tanpa pengetahuan encik rabani. Omgee the feeling takut kena bebel oleh suami sendiri.... hahahaha. Bukan dia tak bagi beli. Tapi dia selalu marah sebab beli bukan untuk diri sendiri. Lepas tu meroyan tak dapat beli baju sendiri. Hahaha. #mummypunyabajucanwait

Sebenarnya dah selalu usha website ni sebab baju baby dia cantik cantik. Baju dewasa, household pun banyak jugak jual tapi tak bukak sebab fokus kat baju baby je. Plus ada cawangan dia dekat Malaysia kalau tak silap. Sebabkan kita ni tak suka pergi mall dekat kl. Jauh satu, rimas satu ramai orang, dan tak retii jugak satu. Jadi selalu pergi IOI, atau Alamanda je. Alamanda tu second house ok. Favorite sangat sebab tak ramai orang. Hehe

Akhirnya, pada pukul 12 malam hari apa entah. Jari ni memanggil manggil untuk window shopping kat website tu untuk kali ke berapa. Tiba tiba dah ter check out. Omgeeee!! Hahaha. Baju dia cantik sangat........ pastu tak mahal sangat macam mothercare.

Ni baju baju yang sesaje terbeli tu.. Takdelah banyak pun, cukuplah melunasi royan mummy. Hahaha

Payment boleh guna Visa atau Master Card dan dua lagi option tak ingat. Kita pakai visa debit je. Memangdangkan kalau beli over rm150, FREE SHIPPING . PLUS WILL BE DELIVERED IN 4 DAYS WAKTU BEKERJA. Kita pun termakan umpan dan terbeli.

Ingatkan dari Malaysia je cawangan hantar barang kan. Tiba tiba dapat email memang dari UK. Wow. Dari UK nak sampai Malaysia dalam empat hari? Betul ke ni..

 
Esoknya dapat email barang dah despatched

Memang cepat. Malam ni order, esok dah dapat confirmation email yang kita dah beli. Lepas tu petangnya dia hantar email lagi, barang dah despatched. Dan memang betul. Dalam masa empat hari je barang dah sampai. LAJU GILA.




Pernah dulu beli baju dekat Carters US, tapi time tu beli , hantar dekat rumah kawan. Family dia dok US. Then, kawan ni pi bercuti sat kat sana, balik Malaysia dia tolong bawakkan balik. Tapi time beli kat Carters tu pun ambik masa berminggu jugak nak sampai rumah kawan tu. Memang lama tak macam beli kat Next ni. 





Tapi baju kat carters banyak gila lagi pilihan and lawa lawaaaaaaaaaaaa. Memang kalau nak beli dari Carters cari jelah ig yang ambik pre order. Sebab tak ada yang direct shipping to Malaysia macam Next ni. Sedih, plus boleh je nak beli sendiri dari Carters sendiri, tapi rumit sikit lah proses dia and shipping mahal. 

Overall, kita suka sangat kualiti baju  baju baby dari Carters ni! Lembut dan memang cotton as per description. Lawaaaaaaaa sangat. Nak beli lagi tapi duit dah pergi.... Hahaha. Hari tu (dah lamaaa gila lah ) tengok insta story Ameera Zaini beli jugak baju Next ni untuk baby dia. Sekotak besar tau terus. Semoga mummy pun nanti dikurniakan peluang cari rezeki business woman macam dia. Boleh shopping baju anak anak macam shopping groceries dapur setiap minggu. Hehehe. Amin. 

Itu je kot yang nak dishare. Hehe. Padahal semua orang tahu cara nak beli cemana.. kecoh je mummy ni

Kalau keluar boy macam mana mummy? ALHAMDULILLAH BERSYUKUR JUGAK PAKAI JELA BAJU PINK PINK NI HAHAHAHAHAHAHAHA

Adios! Assalamualaikum!! 

24 April 2018

Pregnancy 1 V. Pregnancy 2

haii Assalamualaikum semua!

at 22 weeks (akhir 5months pregnancy)


I am in my 20weeks now, 5 months pregnant already. ( alamak sekarang dah 22 entry di di draft pada 20 weeks 😂😂) Kali ni bump makin cepat membesar. Dulu dulu 5months tu tak nampak lagi. Sekarang tak boleh sorok dah

"eh qila pregnant keeeeeeeeeeeeee?"
"eh nampak ke??" sambil tengok perot
"eh nampaklaaa ya Allah"
"okay......"

Bukan sorang dua je tau tegor. Apa nak buat. hahahaha.

Memang betul orang cakap setiap pregnancy tu berlainan peelnya. i thought it will be just the same peel with the first one, but no brooh. Kali ni punya macam menyakitkan jiwa jugak. Hahaha. Tapi masih tak tahu jantina baby dalam perut ni apa. Of course, after having a baby boy, mestilah semua orang nak baby girl kan, and vice versa.

Tapi kalau dapat baby boy pun Alhamdulillah, Allah knows best *time to close my eyes for all the pink pretty ones clothes that i have to endure setiap kali masuk kedai baby"

If it is a girl!!! MANNNNNNNNNNNNNN I GOTTA SHOPPING NOW MANNNN!! *BYE EVERYONE* HAHAHA.

Banyak juga perbezaan dari the first one

1) in terms of mabuk, loya dan muntah

The first pregnancy sampai first trimester je. Masuk bulan ke empat tu rasa dah boleh memerintah dunia. hahaha. Rasa bertenaga lah. Sikitttt. 😂

Yang the second one ni sampai fourth month pun muntah muntah lagi, energy tu slowly datang balik, tapi sometimes memang akan muntah jugak kalau tak jaga makan. Padahal dulu kalau dah lepas first trimester , kau makanla badak asam pedas pun, memang cool je melahap. Yang ni sensitif sikit. Cannot minyak terlebih or pedas terlebih lepas tu muntah... Sampai sekarang lah jugak. Hemm. Cannot minum minuman bersusu time perut kosong.. Macam milo ke..

2) Appearance

PREGNANCY KALI NI MENCABAR SANGAT SEBAB THE FIRST TRIMESTER TU NAIKKKKKKKKKKKKK TERUK SANGAT JERAWATTTTTTTTTT I CRYY I STRESS I HOPELESS.

Suami pandang lama lama pun kita dah triggered

" are you looking at my pimples!!?? dont look at me im uglyyyyy huaaaaaaaaaaaaaa"
"sayang..am i still pretty in your eyes?"
"sayang cemana niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii huaaaaaaaaaaaaaa"

Time the first one tu takdalah naik teruk, naik macam biasa je lah sebab hidup ai kan memang dah ditakdirkan tak dapat flawless skin, memang seketul dua naik tapi takdalah terok sangat macam ni. SUmpah terok gila. Dia naik sangat sangat kat bahagian jawline and tepi mata tu. Kalau pakai tudung memang lah tak nampak sangat, tapi bukak tudung, suami i nampak okay?? Kita mestilah nak cantik depan suamiii :((

Tapi masuk the fourth month macam tu slowly dah reda sikit. BERPARUT  PARUT MUKA NI :(( I TABAH JE LAH. Lepas tu dia datang balikkk. Sedihhhh

3) cravings.

Rasa macam sama je dua dua pregnancy, ada beza lain sikit (samakeberbezaehkaunilempangnak?). hahaha. Dua dua tak mengidam pelik pelik yang susah nak dapat.

taraaaaaaaa, my savior dikala tekak nak kan pahit pahit


Second pregnancy ni sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sangat benda macam pahit pahit sikit. NESCAFE. ya ALLAH. Tak pernah dan teringin langsung nak minum nescafe sampailah umur 26 ni, tapi bila time pregnant tu teringin sangattttttttttttttt. So my husband bought me a very first nescafe yang kena bancuh tu. Bukan biasa biasa sebab kena beli okay taknak yang mamak ke kedai buat sebab nak minum hari hari. Tapi selalu campur dengan milo la takut nak minum macam tu saja. Nikmat nya Allah je yang tahu.

Kalau shake pun, dah cannot go Tropical shake, kena minum Cappucino shake. Shake lain semua rasa nak muntah and loyaaaaaaaaaaaaa.

4) Mood

Pregnant ke tak pregnant ke kalau dah nama perempuan, asyik mood swings je. Hahaha. Tapi pregnant kali ni rasa macam dasyat jugak.... sampai lari rumah merajuk dengan suami. Benda kecik je pun. Hahahahahaha. Ala lari pergi rumah sebelah sebelah je tak sempat nak lari jejauh suami dah kejor sambil gendong althaf yang kebingugan.

Tapi time pregnant kan althaf pun pernah lari rumah jugak..... time tu bawak kereta. Advance. Kali ni jalan kaki je. Ya Allah aqilaaaaa!!!

Tapi mood swings perempuan ni bawak bawak layan je lah. Pujuk pujuk pujuk. Itu je yang perempuan mahukan. Kalau tak , sowyyy hahaha.

------

Tapi time pregnant kali ni mengalami sakit pinggang yang teramat amat walaupun time tu baru first trimester. Sakitnya ya Allah nak ambik wuduk pun tak boleh tunduk. Nak bangun pun susah. Sakit sangat sangat. Alhamdulillah lah dalam sebulan lebih je kot rasanya. Lepas tu back to normal balik.

Dengan susu dropnya, dengan Althaf for the first few 3 months tu tidor tak lena sebab malam malam merengek marah tak tahulah sebab apa. Kalau siang nampak je dia okay susu. It was so so so hard sleepless nights for me and him, seriously. Sampai nangis nangis. Dia nangis, i ikut sekali nangis. #lemahbetul

Time tu memang rasa mak tak guna sangat. Dok fikir dah nak bagi susu formula, nak bagi fresh milk. Sedih sangat. Tapi dah try beli fresh milk dia taknak jadi.... terus susukan dia sampai sekarang. Alhamdulillah sekarang ni malam malam kalau dia dah kenyang, takda sakit apa dia lena je tidor. Ngempeng tu tetap onssss sampai lah ke pagi. Pasrah je la sakit sakit pinggang walaupun bangun pagi. Alhamdulillah.

hari hari pergi haji tau... Jangan jeles..


Pesanan ikhlas buat ibu ibu yang still menyusukan anak, tapi nak pregnant lagi. Rasa kalau boleh, susukan lah dulu sampai dua tahun. Lepas tu takpelah kalau nak wean off atau teruskan dan pregnant. Sebab dugaan dia lain macam sangat. Every breastfeeding sessions are so hurtful. Lagi lagi kalau dapat yang mengigit. Kalau tak mengigit pum still sakit jugak sebab perubahan hormon pada kita punya penyusuan tu boleh jadi our ****** makin sensitif. Ni boleh google apa semua.

Doakan kita tau. Berjaya susukan Althaf Muhammad sampailah dua tahun (or more) dan adik dia, dipermudahkan urusan, diperbanyyakan susu, in sha Allah amin...

Itu je rasanya nak share simpan dalam blog. Memang berbeza time first one and the second one. Alhamdulillah dah tahu jantina baby sebab dah pergi scan. Dan baby terang tang tang tunjuk jantina dia. Yang tu kita share next entry okay! Kena lah ada entry khas!! Hehe.

Dan kita doakan sangat sangat pada yang masih menanti their very own precious first baby, semoga Allah makbulkan doa doa kalian. In sha Allah , Allah will gives you at the very right moments. Semestinya, mudah berkata dari yang merasainya. Keep praying. praying is everything. Lots of love. -aqila

Bye bye! Adiosss Assalamualaikummmm!


17 August 2017

Review tentang Autumnz Baby Food Processor

Hai Assalamualaikum!



Hari ni nak share tentang satu produk yang kita sendiri guna untuk buat makanan Althaf. Sebagai ibu baru, mestilah sangat teruja nak buat baby food untuk anak kita kan. Tapi al kisahnya disini mummy dia je yang excited nak buat makanan dia sebab Althaf taknak telan sangat pon wahaha. Tak kelakar actually. Rasa macam kes althaf ni rareee sebab tengok baby baby lain semua bila dah enam bulan semua nak makan.

Tapi bila google pasal bayi taknak makan, banyak je baby baby taknak makan. So kita terus sedikit lega sebab ada geng. Takde lah kes rare sangat. Hahaha.

Hari tu before beli Autumnz Baby Food processor ni kita blend makanan althaf pakai grinder biasa je. Tahu kan kalau kita beli blender mesti dapat grinder jugak. Haaa pakai tu la. Nak steam makanan dia pulak pakai steamer yang gedabak gila tu.

Mula mula rasa happy sebab the grinder macam wow boleh buat jadi puree bebetul la! Yayy takyah la beli food processor. Sekali bila dah dua tiga kali pakai baru tahu dia tak sesuai sebab takboleh isi air, sebab nanti bocor. Air keluar melimpah time nak blend tu. So i is sad.

Bertambah sedih lagi bila kita dah work HARD sangat nak buat makanan Althaf tu. Last last dia taknak. As in kunci mulut rapaaaaat gila, dan bila kita tadah je susu nak suap dia, dia berdrama nangis melalak lalak dan terteleng sana sini nak lari taknak kena suap.

Lepas tu mood kita down, lagi down bila nak kena basuhhhh semua segala steamer yang besar tu dan grinder, dan lap lap air yang tumpah tu. Rasa cam hish sedihnya tak berbaloi la all this mess dengan Althaf taknak makan lagi. Dugaan tau. *Nangis*

Jadi kalau ada ibu ibu yang was was nak ke tak nak beli Food processor untuk buat makanan bayi, sila lah beli. Berbaloi baloi lagi kalau baby anda nak makan dengan berseleranya sekali. Hihi.

Kenapa kena ada Baby Food Processor?
  1. Steam dengan blender dalam satu tempat. 
  2. Takpayah basuh banyak benda
  3. Jimat masa sangat sangat sangat
  4. Jamin kebersihan. (nak guna blender biasa yang blend cili tu?) 
  5. Boleh bawa balik kampung/travelling sebab dia compact and kecik je. Taklah besar sangat
Sebab mostly makanan baby macam buahan dan sayuran tu kena steam dulu and baru blend. Kalau rebus boleh jugak, tapi khasiat nanti dia banyak hilang masuk kat air. Jadi steam is the best way. 

Kita beli Autumnz Baby Food Processor ni dekat Lazada je. Berbanding kalau beli dekat kedai harga dia mahal sikit. Yelah, kedai nak bayar sewa apa semua kan.

Jadi pilihla baby food processor kesukaan anda di pasaran.If i have money,iwould definitely go with Beaba. But the thing is i dont. HAHAHAHA. Mahalnya Beaba tu almost 1k. But worth the price lah kan.

Pengalaman beli Autumnz Baby Food Processor di Lazada

 

Kotak datang macam kotak yang bawah tu// Besar lebih kurang dua tapak tangan// Contoh puree yang dihasilkan // Ada user guide and warranty


Harga 
RM185.90 (kalau kedai rm245)

Shipping Fees
RM3.00

Penghantaran
3 hari macam tu//by Gdex

Condition
Sangat bagus, came in a box. Dalam kotak ada kotak. Good quality during delivery

Warranty
Ada bagi one year warranty

Free Gift
Baby food Storage Cups

Berbaloi ke tak?
Berbaloi baloi walaupun Althaf taknak makan sangat, tapi seorang ibu mana boleh give up,jadi bila ada benda ni senang sangat nak eksperimen makanan mana yang dia suka. Cuba bayangkan kita still buat makanan dia guna steamer yang besar tu rasa stress sebab nak eksperimen makanan sikit je huhu. Doakan Althaf kuat makan ya dan membesar dengan sihat dan kuat. Amin. Kita doakan yang sama untuk setiap ibu ibu yang membaca ni.


Pengalaman Sendiri

Alhamdulillah setakat hari ni hampir sebulan guna, memang okay. Steamer and blender memang berfungsi dengan baik. Dan pisau blender tu kena berhati hati sangat time nak basuh sebab tajam. Puree yang dihasilkan pun memang hancur and jadi puree betul (lol taktahu nak describe cemana). Yang penting kena steam lama, and potong kecik kecik. Kalau taknak puree lembik sangat, make sure after dah steam lama tu buang air steam sikit takut cair sangat. 


 Kita ada beli dua barang di atas juga di Mothercare. Worth it sebab

Sudu tu macam elastic and kecil, senang nak suap baby. Baby pun boleh gigit gigit sudu tu sebab dia macam teether jugak. Lagi lagi bila baby tengah gatal gusi kan. Yang kita beli tu dia bagi dua sudu and empa tjenis tupperware berpenutup. Sebelum ni rasa takyah la beli sudu memahal untuk baby. Tapi bila dah beli yang ni eee bestnya! 

Clevafeed tu pulak beli dengan harapan Althaf nak lah makan kalau isi buah ke apa. Tapi bila dah isi buah pisang hari tu terus dia taknak gigit gigit dah. Looooooooool sangat. Jadi sekarang ni benda tu pun jadi as teether dia je. Tak isi apa apa. Sobs

Sekian sahaja benda yang nak share setakat ni. Semoga bermanfaat!
Assalamualaikum!



my son is 6 and my daughter is 5 this year

Masya Allah my eldest son is 6 years old this year……..6 FREAKING YEARS OLD??/?? WHERE DID THE TIMES WENT? Okay mummy sorry baru nak update t...